Saturday 28 September 2013

Bab 1 : Suri Di Hatiku



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


BAB 1

       “Beb, cuba kau tengok mamat nerd kat meja sebelah tu. Aku perasan dia duk tenung-tenung kau dari tadi lagi. Sah dia syok kat kau. Tengoklah tu.” Sofiya menjuihkan bibirnya yang dihiasi gincu merah menyala ke arah seorang lelaki yang duduk bersebelahan dengan kami. Meja yang kami duduk berselang satu meja dengan meja lelaki itu.
Aku menoleh ke kiri dan aku tersenyum ayu pada lelaki itu. Yang lucunya, menggelabah mamat tu melarikan anak matanya.
Kaca mata tahap kanta pembesar. Baju kotak-kotak zaman kuno. Seluar slack bapak dia punya.  Rambut ala-ala tempurung kelapa. OMG! Teruknya fesyen mamat ni. Macam dah budak terencat dah gayanya.
       EeuuuwwwSo annoying! Meremang bulu roma aku ni. Kenapa teruk sangat fesyen dia tu. Ada lagi eh dalam dunia ni mamat nerd macam tu.” Tanpa rasa bersalah aku mengutuknya. Lelaki macam tu ada hati nak syok dekat aku yang cun melecun ni. Sorry strawberilah. Yana takkan layan lelaki sengal macam tu. Gelilah!
       “Aku cabar kau.” Sebaris ayat itu tiba-tiba terpancul keluar dari bibir Sofiya. Buat aku tercengang memandangnya. Sofiya hanya tersenyum penuh makna sebelum menyambung kata.
       “Aku cabar kau. Kau jadikan mamat nerd tu sebagai bf kau. Tak lama. Just for three months. Kalau kau sukses, aku sanggup jadi balaci kau selama satu bulan. Amacam? Ada berani?”
Cabaran dari Sofiya buat aku berfikir panjang. Goda mamat nerd tu jadi boyfriend aku? Tiga bulan? Gila! Seharipun aku tak sanggup. Aku memang seteru benar dengan manusia-manusia yang tidak pandai berfesyen up-to-date. Nak jadikan mamat berfesyen kuno tu pakwe aku? Lagilah aku tak sanggup. Eee pleaselah!
Tetapi bila difikirkan balik. Its quite challenging. Yalah selama ni aku hanya menggoda dan menjadikan lelaki normal sebagai teman lelaki. Langsung tak ada dalam senarai lelaki nerd ala-ala budak terencat tu dalam senarai aku. Hmm… Interesting!
       “Menarik. Aku suka cabaran kau ni,” ujarku sambil mengerling sekilas ke arah lelaki nerd yang masih curi-curi memandangku. Sah! Mamat tu memang syok dekat aku. Ini sudah bagus. Mungkin tak sampai tiga bulan, aku dah berjaya jadikan dia bf aku. Kacang!
       “So? Deal or no deal?” Sofiya menghulurkan tangan sambil jungkit kening. Mungkin dia dah tak sabar nak tengok aku ‘bercinta’ dengan mamat nerd tu.
       “Kau kena pegang dengan janji kau. Selama sebulan kau kena jadi balaci aku. Apa aku suruh, wajib kau tunaikan. Okey?” Tanpa ragu aku menyambut huluran tangan Sofiya. Cabarannya aku terima dengan hati yang terbuka. Alah, setakat mamat nerd tu apalah sangat. Tapi… aku memang tak boleh tengok lelaki yang berpakaian zaman kuno ni. Nanti bila dia dah jadi bf aku, konfem aku akan make over dia. Barulah sesuai berdiri di samping Intan Suriyana binti Datuk Razlan.
Aku tersenyum seorang diri. Tak lama lagi, aku akan pancing mamat tu cukup-cukup. Tunggulah!

********

Keluar saja dari mini cooper kesayanganku, aku terus melangkah masuk ke dalam rumah. Fikiranku masih tertumpu pada mamat nerd yang aku nampak di kafe tadi. Lelaki nerd yang bakal menjadi bf aku someday! Hisy! Rasa menyesal pulak terima cabaran si Fiya. Yalah, bila difikirkan balik, bila aku dan mamat tanpa nama tu dah couple, tak ke kawan-kawan aku yang lain akan mengumpat dan menghina aku. Macam dah tak ada lelaki lain nak dijadikan boyfriend. Lagi satu, kalau mama tahu aku couple dengan lelaki tak stylo, mama pasti akan membebel panjang nanti. Hesy!
Tubuh yang sudah kepenatan kuhenyakkan ke katil. Tak pasal-pasal fikiran aku kusut hari ni. Ini semua gara-gara mamat nerd tulah. Eee! Belum apa-apa lagi dah serabutkan kepala otak aku. Dahlah aku tak tahu siapa nama dia. Entah dari mana asal usul dia. Entah-entah orang miskin, adik beradik ramai kat kampung. Mak ayah dia pulak dah tua. Kalau aku jadi gf dia, mesti dia akan ajak aku balik kampung dia dan kenalkan aku dengan keluarga dia tu. Eee! Tak kuasa aku nak melayan.Hisy! Kenapa jauh sangat aku berangan ni. Belum apa-apa lagi aku dah fikir ke situ.
       ‘Yana, kau kena cari jalan untuk pikat mamat nerd tu. Kalau kau gagal jadikan mamat nerd tu kekasih kau, kau juga akan gagal merampas Jimmy dari Fiya. Inilah peluang terbaik untuk kau rampas Jimmy dari Fiya, Yana!’ Suara hatiku berbisik cuba meyakinkan.
Rasa bersalah tak semena muncul dari hati. Aku bukanlah spesies perempuan perampas. Apalagi perampas boyfriend bestfriend aku sendiri. Aku tak macam tu. Tapi, bila mengenangkan perasaan sayang aku pada Jimmy makin hari makin bercambah, aku tak kisah lagi. Lagipun adatlah. Selagi Fiya dan Jimmy tiada ikatan yang sah, Jimmy berhak memilih perempuan yang lebih dia cinta.
Jimmy. Lelaki kacukan Melayu-Belanda. Sangat kacak. Sehinggakan aku hari-hari tergila-gilakan dia. Tapi sayangnya dia lebih memilih Sofiya. Tapi tanpa Sofiya sedar, aku sebenarnya dah pasang perangkap. Memerangkap Jimmy jatuh dalam genggaman aku. Tanpa segan silu, pernah dua tiga kali aku ajak Jimmy keluar tanpa pengetahuan Sofiya. Yang anehnya, Jimmy seakan suka bila keluar dengan aku. Sah, mamat tu pun ada perasaan dengan aku. So, sorrylah Fiya. Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi!
Esok aku harus kemukakan syarat baru pada Sofiya. Syarat yang membolehkan aku berpacaran dengan Jimmy. Andai Sofiya tak terima syarat aku ni, aku juga takkan teruskan cabaran memikat mamat nerd tu. Full stop!
Tapi masalahnya sekarang. Bagaimana untuk aku memikat si lelaki nerd itu? Hmm…

********

       Good morning, ma, pa…” Dengan suara lemau kusapa kedua-dua orang tuaku yang sedang enak menjamu selera di ruang makan.
      Good morning sayang. Come, breakfast dulu.” Ajakan mama aku jawab dengan gelengan kepala. Tapi aku tetap melabuhkan duduk ke kerusi berhadapan dengan mama. Kutatap mee goreng yang terhidang di depan mata dengan wajah monyok.
       “Kenapa muncung dah panjang sedepa tu? Tak cukup duit nak shopping ke?” Pertanyaan papa turut aku jawab dengan gelengan. Ini semua gara-gara mamat nerd tu. Semalaman suntuk aku berfikir bagaimana cara nak pikat dia. Hesy! Geram!
      “Sayang… Why? Ada masalah ke?” Mama bangkit dari kerusi lalu mendapatkan aku. Dia berdiri di sebelah aku sambil tangannya mengusap lembut rambutku yang panjang melepasi paras bahu.
Papa turut melipat surat khabar Harian Metro yang dibacanya. Dia turut memberi fokus kepadaku. Aku rasa sangat bahagia. Walaupun papa dan mama sibuk dengan kerja masing-masing, perhatian mereka kepadaku tidak pernah berkurang.
       “Yana dah suka kat seorang lelaki,” ujarku setelah berjeda lama. Mama dan papa saling berpandangan sebelum melontarkan pandangan mereka ke arahku.
       So? Apa masalahnya?” Papa bertanya.
      “Masalahnya mamat tu pemalu. Yana tak tahu nak mulakan perkenalan dengan lelaki yang pemalu macam dia. Biasanya lelaki yang Yana kenal semua ramah-tamah. Ini tidak. Lelaki tu pemalu sangat-sangat. Hmm…” Apa lagi yang mampu aku lakukan selain berterus terang. Tapi tidak seratus peratus. Lelaki tu bukan setakat pemalu. Tapi seorang lelaki nerd, entah dari mana asal usulnya, tak suka bergaul dengan orang, fesyen yang entah apa-apa dan banyak lagi. Ah! Benci aku bila teringatkan dia.
Aku pandang mama dan papa. Mereka seakan-akan berfikir untuk membantu aku menyelesaikan masalahku. Macam nilah aku. Kalau di luar aku adalah Yana yang sangat daring, berani melontarkan pendapat, mampu menyelesaikan masalah kawan-kawan, tidak suka menunjukkan kasih sayang pada orang lain selain bff aku, si Fiya tu.
Tapi kalau di rumah, aku adalah Yana yang manja, yang sentiasa ingin dibelai dan diberi perhatian oleh mama papa, yang tidak mampu menyelesaikan masalah sendiri dan kadang-kadang berperangai macam budak-budak.
       “Hah! Papa tahu!” Suara kuat papa mengejutkan aku dari lamunan. Berkelip-kelip mataku memandang papa. Papa tahu apa ni?
Papa tersenyum ke arahku. Dia juga senyum pada mama.
       “Kalau nak pikat lelaki pemalu ni, perempuan tu pun kenalah jadi pemalu. Bukan bermakna perempuan tu berlakon. But, what you give, you get back. Kalau Yana hulurkan salam perkenalan dengan dia dengan cara yang lemah lembut, insya-Allah lelaki tu juga pasti akan terima kehadiran Yana dengan hati yang terbuka. Amacam? Brilliant tak idea papa?” Papa tersenyum mendabik dada. Mama pula terangguk-angguk menyetujui idea papa yang bernaslah sangat tu.
Aku hanya termenung panjang. What you give, you get back? Hmm… Tapi macam mana aku nak mula memikat dia? Ah! Kusut-kusut!

*******

       “Ada apa kau nak jumpa aku? Urgent sangat ke? Hesy, kau nikan. Aku sampai tak sempat nak sarapan tadi. Sandwich kau ke ni? Aku ambil eh.” Tanpa aku sempat angguk atau geleng, Sofiya terlebih dulu mengambil sandwich di atas meja lalu menyumbat masuk ke dalam mulutnya. Dia tersengih-sengih. Aku hanya mencebik marah. Ugh! Dahlah aku beratur panjang nak dapatkan sandwich tu. Apa punya kawan daa.
       “Oit! Kau berangan ke mengelamun? Cakaplah apa yang kau nak cakap. Lepas ni aku ada kelas pulak. Kelas Cik Jijah diva tu.” Dengan mulutnya yang penuh dengan sandwich, Sofiya berkata-kata.
Aku tarik nafas dalam. Okey, aku dah bersedia. Aku harap sangat Sofiya tak salah faham dengan aku.
       “Macam ni, Fiya.” Tak sempat aku meneruskan kata, Sofiya terlebih dulu memotong percakapanku.
      “Chopp,beb! Aku sebenarnya pun ada sesuatu nak beritahu kau. Pasal cabaran aku semalam tukan, aku sebenarnya nak tambah satu lagi syarat.” Aku jungkit kening. Syarat? Hesy, dia pun nak letak syarat jugak ke? Aku ingat aku sorang aje yang nak letak syarat baru.
       “Apa syarat kau?” Aku bertanya dengan wajah serius.
      “Untuk lebih mencabar lagi, aku nak kau pikat dia dalam masa tiga bulan dan selepas tu aku nak kau putus dengan dia depan semua student. Dan aku nak kau kenakan dia dan lukakan hati dia kaw-kaw punya. Ada berani?” Suara bersemangat Sofiya melemparkan syarat-syarat tak berhati perutnya itu buat aku tergamam. Putus depan student lain? Lukakan hati dia? Gila ke apa. Kejamnya!
      “Tapi…”
      “Ala janganlah tapi-tapi. Lagipun bukan kau tak biasa mainkan perasaan lelaki ni. Setakat mamat nerd macam tu apalah sangat.”
Sungguh aku tak sangka ayat-ayat kejam itu mampu keluar dari mulut Sofiya. Memanglah aku ni playgirl. Tapi tak pernah pula aku hina mana-mana manusia selama hayat aku. Apalagi nak hina seorang lelaki tak berdaya macam mamat nerd tu. Argh! Apa aku nak buat ni. Takkanlah aku nak cancel cabaran Fiya ni. Jatuhlah standard aku.
       “Erm… kalau kau letak syarat, akupun nak letak syarat jugak. Boleh?” Sofiya angguk kepala. Hati-hatiku jadi berdebar-debar untuk melafazkan syarat yang aku fikirkan semalam itu.
      “Syarat aku senang aje. Aku nak, kalau aku berjaya penuhi syarat-syarat kau tadi, aku nak kau lepaskan Jimmy.” Mata Sofiya terus membutang. Mungkin dia terkejut dengan syarat yang aku letakkan. Melampau sangat ke aku ni?
      “Maksud kau apa, Yana?” Ada nada tak puas hati pada suara Sofiya. Sandwich di tangannya mula dihempas kuat ke meja.
Aku menelan liur sebelum menjawab soalannya.  “Aku nak kau putus dengan Jimmy. Serahkan Jimmy pada aku. Aku nak jadikan dia sebagai bf aku. Aku… aku…” Kepala kutundukkan ke lantai. Langsung tak mampu pandang muka Sofiya lagi. Andai gara-gara perkara ini Sofiya ingin putus kawan dengan aku bagaimana? Ah! Takkan aku sanggup korbankan persahabatan yang sudah lama terjalin antara kami hanya kerana seorang lelaki? Tapi, terlajak kereta boleh reverse, terlajak kata aku pulak yang nerveous!
      “Ambillah. Aku bagi free aje dia tu kat kau.” Kata-kata Sofiya buat aku tercengang. Bulat mataku memandangnya. Benarkah apa yang aku dengar tadi?
      “Maksud kau apa, Fiya?”
      “Maksud aku, aku akan putus dengan Jimmy bila kau berjaya putus dengan mamat nerd tu. Lagipun, aku dah ada bf baru.” Gulp! Takku sangka, Sofiya yang aku rasa seorang wanita yang setia rupa-rupanya bermain kayu tiga.
       “Siapa? Lelaki mana pulak kali ni?” tanyaku padanya. Sofiya tersengih penuh makna.
       “Adalah. Nanti aku cerita kat kau.  Yang penting sekarang, kau terima ke tak syarat aku tadi? Atau kau dah ubah fikiran? Hmm?” Dengan selamba Sofiya berkata-kata.
Aku sedikit tak puas hati apabila Sofiya seakan-akan ingin berahsia dengan aku. Tapi, alang-alang dia dah beri lampu hijau, aku takkan lepaskan peluang ni. Aku sayangkan Jimmy. Kalau dengan patahkan hati mamat nerd tu aku mampu dapatkan Jimmy, aku sanggup. Lagipun, Intan Suriyana memang seorang pematah hati lelaki!
       “Aku setuju!” jawabku pada Sofiya penuh yakin. Kami saling berjabat tangan tanda persetujuan telah termetrai.

************

       “Ya Allah lambatnya mamat ni keluar. Buat apa entah kat dalam gua buku tu. Bosanlah macam ni. Hesy!” Aku membebel seorang diri. Dah lenguh kepalaku terjengah-jengah memandang pintu perpustakaan. Orang yang aku nantikan tak juga kunjung tiba.
Masalah aku akhirnya sudah selesai. Tuhan menghadiahkan aku idea yang bernas. Lebih bernas dari idea papa. Semua ni berkat bantuan dari Sofiya. Menurut Sofiya, untuk memikat lelaki nerd macam mamat nerd tanpa nama tu, aku haruslah tahu tempat kegemaran mamat tu lepak. Budak nerd selalunya ulat buku. Bila dah nama ulat buku, mesti dia suka baca buku di perpustakaan. Sebab itulah aku berada di sini detik ini!
Akan aku kejar dia sampai dapat. Kalau dia lari guna kaki, aku guna basikal untuk kejar dia. Kalau dia guna motosikal, aku guna kereta. Kalau dia guna kapal terbang, aku guna jet pejuang! Aku takkan menyerah! Cabaran telahku sahut. Maka, sewajarnya aku melaksanakan misi dengan sebaik mungkin. Ganjarannya adalah Jimmy. Oh, Jimmy! Te amor!
Setelah hampir setengah jam menunggu, akhirnya kelibat mamat nerd tu muncul juga. Dari kejauhan, aku nampak dia sedang berjalan keluar dari perpustakaan dengan wajah yang tertunduk. Dengan penuh bersemangat, kucapai semua buku dan failku lalu melangkah terburu-buru ke arahnya.
Gedeganggg! Aku dan dia ‘ter-accident’. Habis jatuh buku-buku dan fail-failku ke lantai. Aku langsung tidak menghiraukan buku-buku itu sebaliknya aku sibuk memicit kepalaku. Ala-ala orang tengah sakit kepala dah gayanya.
       Sorry-sorry. Saya tak sengaja. Aduh, peningnya kepala saya.” Aku bercakap seorang diri sambil masih picit kepala. Sesekali mataku melirik ke arah mamat nerd tanpa nama itu. Dia langsung tak angkat muka. Sebaliknya dia sibuk membantuku mengutip semula buku dan fail.
Aku mengambil kesempatan dan peluang keemasan ini untuk meneliti wajahnya dengan lebih dekat. Di sebaliknya kaca mata berbingkai tebal itu rupa-rupanya tersembunyi sepasang anak mata hazel yang sangat cantik dan bersinar. Hmm… Aku memang suka lelaki bermata hazel ni. Mengancam!
Tanpa kata, dia menghulurkan aku buku-buku dan fail-failku. Aku tercengang nak menyambutnya. Takkan sampai setakat ni aje pertemuan aku dengan dia. Bukan main lagi aku berlakon pening ni. Hesy! Tak boleh jadi ni. Aku harus ambil kesempatan ke atas dia. Kalau tak, mamat ni mesti akan lari macam tu aje!
       “Aduh, sakitnya kepala saya,wak. Boleh tak awak temankan saya pergi kafe? Saya nak beli air mineral. Nak makan ubat. Kalau lambat makan ubat, saya takut saya pengsan pulak nanti. Aduh, peningnya…” Dengan suara cukup lemah lemau, aku berkata-kata. Aku harap sangat dia termakan dengan lakonan aku ni. Harap-harap dia sudi nak tolong.
Lama mamat nerd tu berjeda. Dan bila dia terlalu lama berfikir, lambat-lambat aku bangun. Mamat nerd hati kering! Ugh! Tak kesian langsung kat awek cun ni. Eee! Aku pura-pura berdiri lalu terhuyung-hayang menstabilkan kedudukanku.
       “Jom kita pergi kafe.” Itulah ayat pertama yang aku dengar dari mulut dia. Suaranya yang garau kurasakan cukup macho. Ala-ala suara hero drama Saiful Nita gitu.
Dengan wajah yang masih pening-pening, aku angguk kepala tanda setuju. Lengannya masihku pegang kemas. Cuba bergantung kepadanya. Dapat aku rasa lengannya kuat dan berotot. Erk… Tak ku sangka di sebalik baju kemeja lengan panjang kotak-kotak zaman kuno ini, tersembunyi otot-otot lengan yang tough. Entah-entah mamat ni ada six packs. Fuyoo!
Beberapa minit berjalan, akhirnya kami berdua tiba di kafe. Sepanjang perjalanan tadi, si mamat nerd tu hanya diam tanpa kata. Aku pun diam sama. Aku diam bukan sebab aku tak ada apa nak cakap. Tapi aku tengah fikir macam mana aku nak pancing perbualan dengan dia nanti. Patutkah aku kenalkan diri aku kepadanya terlebih dahulu? Entah-entah dia dah kenal dengan aku. Yalah aku pun boleh tahan popular juga di kolej ni. Bolehlah masuk Top 10 perempuan paling popular di kolej ni. Sah-sah dia kenal aku siapa. Kan?
Tanpa sepatah kata tiba-tiba saja lelaki nerd itu tinggalkan aku. Erk… Aku terkedu memerhatikan dia pergi macam tu aje. Untuk memanggil namanya aku tak mampu. Yalah aku mana tahu nama dia apa. Argh! Menyesal tak tanya tadi.
Dua minit kemudian, di saat aku melayan jiwa kerana ditinggalkan oleh si pemilik anak mata hazel itu, aku disapa oleh satu suara garau yang macho. Aku pantas mendongak ke atas. Anak mata kami bertembung.
       “Nah. Air…” Hulurannya kusambut perlahan. Aku menghadiahkan ucapan terima kasihku kepadanya sekali dengan senyuman manis. Tak sangka, dia kembali lagi. Ya Allah… ini sudah petanda baik.
Aku cuba buka penutup botol air mineral sambil mataku tidak lari dari memandangnya. Tapi apabila ia terlalu sukar untuk aku buka, aku mula naik geram. Penutup botol itu kuhantuk-hantuk ke meja. Dan akhirnya, ada tangan yang mengambilnya dari peganganku. Selamat botol air tu dari dikerjakan olehku.
Mamat nerd tanpa nama itu membuka penutup botol dengan cukup bersahaja. Kuatnya tangan dia.
       “Terima kasih awak,” ujarku setelah meneguk air mineral itu perlahan. Aku rasa aku cukup bersopan hari ini. Pandai betul kau berlakon, Yana. Good job!
Dan mungkin inilah saatnya aku perlu perkenalkan diriku padanya. Sebelum dia cabut lari, lebih baik aku say halo.
       “Erm, saya Yana. Intan Suriyana binti Datuk Razlan. But you can just call me Yana. Awak?” Aku hulurkan tangan. Terketar-ketar dia nak sambut huluran persahabatan dari aku. Makinlah aku galak untuk menyakatnya. Sengajaku tersenyum menggoda kepadanya.
Lama dia diam sebelum menjawab pertanyaanku. 
       “Err… Emir.” Jawab lelaki itu malu-malu. Jabat tanganku langsung tidak disahutnya. Oh, haram!
       “Oo… Emir. Memang nama penuh awak Emir aje ek?” Aku pandang dia sambil menguntum senyuman. Hoi, Emir. Tengoklah muka aku ni. Yang kau duk tengok lantai tu buat apa. Kusembunyikan cebikan geramku padanya.
       “Ku Emir Affan bin Ku Amir.” Jawab Emir akhirnya dengan tenang dan mula mengangkat mukanya memandangku.
 Aku telan liur. Gulp! Ku? Itu bermakna mamat ni berketurunan dirajalah ek. Entah-entah orang kaya ni.
       “Terima kasih Emir sebab sudi tolong Yana tadi. Kalau Emir tak ada, mungkin Yana dah pengsan kat depan library tadi.” Tanpa malu-malu aku ingin pegang tangan dia. Namun, sepantas kilat dia melarikan tangannya ke belakang. Aku jadi malu sendiri.
       Sorry-sorry. Maaf kalau Yana buat Emir kurang selesa.” Aku cuba cover malu. Suasana mula sunyi. Aku tak bercakap, dia apatah lagi. Membisu terus. Sepatah aku tanya, sepatah dia jawab.
       “Erm, Emir ambil course apa?” tanyaku cuba memecahkan kebuntuan.
       Technician. Suri?” Malu-malu dia bertanya. Erk… Suri? Siapa Suri tu? Aku ke?
       “Suri ambil business.” Aku layan. Kalau dia nak panggil aku Suri, panggil aje. Aku tak kisah. Janji dia sudi bercakap dengan aku. Tapi panggilan Suri tu macam perempuan Melayu terakhir aje. Hesy!
       “Sebagai tanda terima kasih Suri pada Emir, boleh tak kalau Emir keluar makan dengan Suri? Suri belanja. Anggaplah ini juga tanda persahabatan antara kita.” Lama aku menatap wajah Emir. Anak mata hazelnya menjadi santapan mataku.
Emir bagaikan berfikir sejenak. Digaru-garu rambut tempurung kelapanya. Eee! Walaupun aku seteru dengan fesyen dia, aku tahan jugak. Karang kalau aku ‘tembak’ dia cepat-cepat, mahu dia terasa hati dan tak nak berkawan dengan aku lagi. Jadi, lebih baik aku layan aje. Nanti bila dia dah jadi bf aku, siaplah dia aku kerjakan.
Setelah diam agak lama, akhirnya Emir tersenyum nipis. Aku terkedu melihat senyumannya. Senyuman yang aku rasa cukup ikhlas dan penuh kasih sayang. Erk! Apa maksud di sebalik senyumannya yang menarik itu? Alahai Yana. Kau sedar tak dah berkarung guni kau puji dia hari ni. Yana, Yana…



2 comments:

  1. uitsss saya org first komenkah? *pelik*
    bff suri sgt kijam di situ yer... amboih suri kemain eh kutuk si emir tu... nnt awak jugak ternganga dgn kehenseman dia... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer awk yg first..one n only..huhu...
      bkn setakat bff suri yg nganga, we ollsss pun ternganga kan?lebih2 lagi atie umar..haha :P

      Delete